Selasa, 20 Disember 2016

BIODATA



Pn Saidatul akmal baharuddin merupakan seorang  tenaga pengajar merangkap Pengurus di syarikat Azryma Food Training Centre yang telah di tubuhkan semenjak 2014 bagi membantu usahawan baru meningkat dengan cepat. Beliau juga bukan sahaja seorang usahawan tetapi semakin mengorak langkah dalam mengembangkan ilmu keusahawanan kepada ramai usahawan2 baru yang berminat menceburi bidang perniagaan pemprosesan.

Pengalaman luas beliau di dalam perniagaan pemprosesan produk hasilan cili dan latihan pemprosesan serta keusahawanan bukan sekadar terbukti berjaya membangunkan organisasi beliau sahaja, malah pengalaman itu dijadikan ilmu untuk dikongsikan bersama orang ramai di dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan usahawan di Malaysia sejak 2014.

Sebagai pencetus fenomena baru keusahawanan terutamanya dalam kalangan bumiputera, seramai 148 orang usahawan telah dilatih secara personal coaching iaitu secara berseorangan  dalam tempoh 2 tahun terbukti berjaya melahirkan usahawan dan ramai kini mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Fenomena ini kian membesar selepas semakin ramai yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan pemprosesan makanan  dan mempelajari ilmu membina kejayaan di dalam kehidupan serta meningkatkan tahap kewangan.

Pn Saidatul Akmal juga adalah Pengasas dan Pengurus untuk Syarikat Azryma Food Industries. Beliau berpengalaman di dalam industri pemprosesan dan perunding produk sejak 2013 serta telah menerima pengiktirafan halal dari jakim serta mesti dari kementerian kesihatan Malaysia. Produk beliau juga telah turut dipertandingkan dalam pertandingan produk hasil pertanian dan telah memenangi tempat pertama bagi tahun 2016 dan 2015 dan tempat kedua bagi tahun 2014 bagi seluruh negeri Selangor.

Beliau turut terlibat di dalam memberikan kursus-kursus keusahawanan dan pemprosesan kepada agensi2 kerajaan dan swasta dari seluruh Malaysia. Bahkan ada diantara anak didiknya datang dari Brunei dan singapura semata2 untuk menuntut ilmu bersama beliau.

Selain industri pemprosesan makanan, jururunding  dan latihan beliau juga mempelopori syarikat Azryma proveedor biz iaitu syarikat pembekalan kerajaan yang mana bidang utama menyediakan khidmat pembekalan pembungkusan makanan, latihan, pelabelan, pembekalan mesin pemprosesan, dan bahan2 pertanian.

Beliau tidak percaya terhadap persepsi membina perniagaan yang berjaya memerlukan kelulusan tinggi kerana baginya yang bermula dari bawah, ia belum menjamin mampu membina perniagaan yang berjaya. Beliau sendiri bermula dari bawah dan kini berjaya membina perniagaan yang masih boleh dibanggakan.


Namun beliau sangat percaya dengan pembelajaran sepanjang hayat dan sangat menggalakkan semua anak didiknya untuk menuntut ilmu kerana beliau yakin semakin tinggi ilmu yang kita ada, semakin tinggi tahap kejayaan yang boleh dicapai

0 ulasan:

Catat Ulasan